Monday, February 13, 2012

Muhasabah - Menguatkan Diri

Reactions: 


Alhamdulillah dikurniakan Allah segala kudrat untuk terus bertahan apabila berhadapan dengan arus yang menongkah.

Hari ini saya, kita sama-sama muhasabah diri, muhasabah membina kekuatan diri. Muhasabah memberi peringatan buat diri, merefresh segala-gala dalam diri supaya sentiasa beringat dan kembali tunduk padaNya, muhasabah diri dan memuhasabah sekeliling, di seputar hidup dan memberi makna kepada diri dan orang lain! ^^ jangan berlengah!

Seorang sahabat saya post sesuatu dalam blog beliau, terasa jiwa kembali ditiup kekuatan. Begini yang dia post;

sana sini mereka sibuk memikirkan 'kata orang',
sana sini mereka sedih dengan 'kata orang',
sana sini mereka risau dengan 'kata orang',
sana sini mereka sentiasa dengan 'kata orang'.
padahal asal baliknya kita nanti akan 'seorang',
biar apa pun kita lakukan, apa nak dipeduli 'kata orang',
bukan 'orang itu' yang memberi kita syurga neraka,
lakukanlah biar dengan 'kata Allah'
kerana Dia sahaja yang layak judge kita,
hanya Dia sahaja yang akan memberi dosa pahala, syurga neraka,
jangan dirisau apa 'kata orang', risaulah dengan 'kata Tuhan'!

peringatan buat diri sahaja, kerana terlalu sibuk dengan 'apa orang kata?',
hakikatnya 'orang yang berkata' tu, tak terima apa yang kita terima,
moga Allah memberi ketenangan dalam setiap perbuatan,
moga Allah redha dalam setiap langkah!

al-faqir,
NP


Pernah aku hairan bagaimana dia boleh setabah ini. Hakikatnya, semua itu datang dari Allah jua. Ya Allah bantulah hambaMu ini supaya lebih dekat denganMu.

Hari ini saya lihat blog Kak Munirah, senior apids. dia juga post mengenai muhasabah diri;

Saya pernah berkongsi rasa dengan ayah, "Ayah, akak risaukan kawan-kawan akak.. Dari segi menutup aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan masalah-masalah yang lain.."

Lalu ayah berpesan, "Nasihatilah mereka dengan baik. Usaha nasihat itu cumalah 10% sahaja, lagi 90% lihatlah pada zikir pagi dan petang kita, doa kita, solat tahajud kita..adakah kita mendoakan mereka, kerana hidayah dan taufiq itu adalah milik ALLAH."

Saya masih cuba untuk mengistiqamahkan diri dalam membentuk ketaatan yang kukuh pada Allah. Buku Dakwah Fardiyyah karangan Mustafa Masyhur format pdf yg pernah seorang senior ni beri pada saya bukan sekadar dakwah pada orang lain, tetapi juga untuk diri sendiri. Teringat pesan beliau, sewaktu memberi buku brbentuk pdf itu;

“Utamakan 4 marhalah pertama. Sekiranya 4 marhalah pertama masih tak mampu dijaga, dakwah kita sukar hendak berjaya. Bukan sahaja dakwah kepada orang lain, dakwah kepada diri sendiri juga akan menjadi sangat sukar.”

Hari ini kita muhasabah balik. Saya menyedari dalam awal-awal dakwah lagi, kepincangan pada marhalah pertama punca kepada rosaknya dakwah, sebagaimana yang dikatakan oleh Mustafa Masyhur;

“ Marhalah   pertama   ialah   mewujudkan   hubungan   dan  perkenalan dengan mad’u. Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya  bahawa anda mengambil  berat tentang  dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya benar- benar terbuka dan bersedia untuk  memahami apa yang anda perkatakan mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah berkadar dengan kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi hatinya  di marhalah  ini.  Sebarang  percubaan untuk  berbincang  mengenai apa-apa tajuk dakwah  sebelum malalui marhalah ini mungkin akan menjadi faktor  penolakannya.”

Jika pemilik blog Fazkuru ini tersilap, tersungkur, rebah atau tersasar dari jalan Islam, mohon diberi ingatan. Ajarkan aku, Nasihatkan aku, Jangan Biarkan aku!

SYERAHO
12/2/2012
APIUM NP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Loading...